Friday, March 12, 2010

Ape nak jadi Malaysia ni nanti?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni terbaca berita kt dada akhbar tersohor Malaysia, Berita Harian. Kes rogol beramai-ramai. Semua tertuduh adalah golongan belia termasuk remaja yang baru suam-suam kuku.

terdetik kat dalam hati "ape nak jadi ni?". Dulu masa kat sekolah selalu aku selalu disogok dengan kata-kata "belia adalah masa depan negara". Teringat jugak kata-kata seorang yang terkenal tapi lupe pulak nama die..haha..orang ni cakap "kalau nak lihat masa depan, lihat lah belia masa kini".

Saban hari ada sahaja kes-kes yang melibatkan golongan belia dan remaja Malaysia. tak kira kes kecil atau besar. Dari pukul orang, ragut, curi, rogol, bunuh pun ade! Aku rasa makin hari makin banyak kes-kes yang disiarkan. Maksudnye betul-betul terjadi sebab dah disiarkan. Hmm... kesian Malaysia. Adakah Malaysia nanti akan jadi sebuah negara JENAYAH ATAU negara YANG TIADA AKHLAK??

Persoalan ini membawa aku kepada satu ayat yang penah aku baca dalam al-Quran yang maksudnya lebih kurang macam ni:

"kamu menyalahkan orang-orang yang terdahulu dari kamu"

Maksudnye lebih kurang macam tu la. aku pun tak ingat sangat. surah al-Baqarah kalau tak silap.

Ape yang aku nak sampai kan kat sini adalah:

  1. Apa tindakan pemimpin? tak kira lah pihak kerajaan atau pembangkang.
pada pengamatan aku, memang banyak program yang dijalankan pihak kerajaan dan parti-parti yang tidak menyokong kerajaan untuk golongan belia ni. Contohnya PLKN, BTN, kem-kem bina negara, PASTI, usrah, ceramah dll. Yang menjadi persoalan sekarang, sejauh mana keberkesanan program-program yang dijalan kan?atau program-program itu hanya untuk mengaburi mata semua pihak? atau nak jadi modal untuk pilihanraya. Mintak maaf kalau ade pihak yang tersinggung tapi aku tulis ni untuk mohon penjelasan mengenai keberkesanan program-program tersebut, dan tindakan yang lebih berkesan dan bukan tindakan retorik!

Aku sampai satu tahap dah bosan dengan cerita-cerita dalam paper, tak habis-habis dengan politik mereka. Kes-kes melibatkan pembangunan remaja ni jarang sangat disentuh. Tak tahu la kenapa, mungkin PERKARA REMEH bagi mereka agaknya. Harap-harap pemimpin sedar tanggungjawab mereka sangat besar dan aku sekali-kali tidak akan menyokong pemimpin yang memandang enteng pada masalah sosial ni. Aku kepingin untuk mendengar mereka bercakap soal remaja dan pembangunan mereka. sebab dah teruk sangat remaja Malaysia ni. Kalau isu ni mereka terlepas pandang, baik tak payah jadi pemimpin, buang masa rakyat mengudi mereka, dan duit rakyat je bayar gaji mereka (dah la mahal!).

2. Kenapa semakin hari semakin banyak rumah perlindungan ditubuhkan?

Rumah perlindungan macam untuk gadis-gadis yang terlanjur, sekolah kanak-kanak nakal, pusat serenti, rumah perlindungan orang-orang tua, pusat perlindugan wanita. bagi aku penubuhan tempat-tempat mcam ni xlain dan tak bukan mencerminkan moral, akhlak dan pemikiran masyarakat Malaysia sebab rasanya semua yang ditempatkan kat tempat-tempat tu rakyat Malaysia kan?

Persoalannya kenapa fenomena ni terjadi? salah ibu bapa ke? salah sekolah ke? salah sistem pendidikan ke? salah program ke?salah kerajaan ke? salah pembangkang ke? salah media ke?
SALAH SIAPAKAH INI?

duit untuk bina semua tempat tu sepatutunya boleh disalurkan untuk membantu orang-orang yang tak berkemampuan. TAK BERKEMAMPUAN! BUKAN MISKIN! orang miskin yang berkemampuan bagi la kerja. bagi duit buat ape! mungkin ade jugak la orang yang sangat tidak bernasib baik. contohnya wanita yang betul-betul kena rogol masa kena rompak ke. tepi jalan ke. kes macam ni tak pe la nak letak kat rumah perlindungan. tapi kalau kes isap dadah, dll tu mungkin boleh dibendung dari awal. Pepatah melayu cakap " melentur buluh biarlah dari rebungnya". kalau dah "terhantuk baru nak tergadah" kan dah membazirkan masa pulak. PREVENT IS BETTER THAN CURE!

3. Apa peranan media cetak dan elektronik?


setiap hari, semua orang akan tengok tv. kalo tak tengok tu lantak la. sape suruh tak tengok kan. tapi pasti punye 90% masyarakat Malaysia akan tengok tv. Terutama budak-budak kecik. kalau boleh diorang nak tegok tv 24/7. katon nye, movie nye, rancangan hiburan lagi, CD ultraman, CD2 untuk budak-budak lagi. Mungkin bende-bende ni semua yang mempengaruhi pemikiran budak-budak. dari zaman aku kecik-kecik dulu lagi. memang sampai sekarang ni ingat lagi cerita-cerita tu. hehe.
tapi tu bukan point nye.

Point aku sekarang ni ialah; kalao dah tahu media khususnya media elektronik ni mempunyai pengaruh yang sangat-sangat besar pada budak-budak; yang nanti akan jadi remaja, belia, dan dewasa ni, TOLONG LAH SANGAT-SANGAT, tayang la rancanagan yang sesuai dengan budaya ketimuran Malaysia. Misi Wawasan2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan ACUAN SENDIRI. tapi nampak gaya remaja & belia sekarang ni; "budaya bersosial hendaklah merujuk budaya barat, baru ade kelas" kata mereka.

Kalau bukan sebab media massa ni, mereka takkan tahu budaya barat. mungkin bila mereka dah dewasa, dah matang, budaya timur dah utuh dalam diri, dan selepas itu baru jumpa dengan budaya barat ni, aku rasa pasti remaja dan belia akan mencemuh dan mengeji serta menjauhi budaya tersebut.

Ini tidak, kecik-kecik lagi dah tengok orang cemolot dalam tv, tengok org pakai baju tapi tak de baju. dah la baru ni ade kes adik-beradik umur baru 11, 12 tahun rogol sepupu sniri. Too bad it happened in Malaysia.

Kandungan dalam media massa ni sepatutnya ditapis dan diolah nuntuk jadi sesuai dengan masyarakat Malaysia yang meninggikan budi pekerti mulia yang jika dapat dikekalkan sehingga tercapai sasaran negara maju, baru lah boleh dikatakan maju dengan acuan sendiri.( ni pendapat aku je)

4. Kesimpulan

  • Wahai pihak-pihak yang bekenaan, tolonglah sedar akan tanggungjawab anda. Bantulah negara kita yang tercinta ini supaya kurang gejala sosial yang sangat merunsingkan ni.
  • Wahai pihak-pihak yang diberi kuasa, carilah jalan penyelesaian terbaik yang dapat mengubah senario ni. Once and for all.
  • Wahai pihak-pihak yang ada kepentingan dunia, jangan hanya memikirkan periuk anda sahaja, anda mempunyai tugas berat di bahu anda.
  • Wahai pihak-pihak yang terpalit, ubahlah diri anda. Jangan hanya menunding jari kepada orang lain. Sampai bila hendak berharap orang lain unutk mengubah keadaan. Ubahlah dari diri sendiri semoga orang yang melihat perubahan anda terbuka hatinya untuk turut sama berubah. Biar kecil, tapi ada perubahan.
  • Wahai masayarakat Malaysia, dengarkan kata guru ku "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"


Terima kasih abiskan masa baca bende ni.. Sekian.